Terima Kasih di atas infaq anda

“Ya Allah, aku berniat untuk berinfaq di jalan-Mu dengan harta ini. Semoga infaq ini diterima sebagai amal soleh dan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan. Jadikanlah ia sebagai bekalan pahala untukku di dunia dan akhirat.

Ya Allah, semoga sumbangan kecil ini dapat membantu wanita asnaf menjana pendapatan sendiri, membina kehidupan yang lebih baik, dan keluar daripada kategori asnaf. Kurniakanlah keberkatan kepada mereka dalam setiap usaha dan rezeki mereka. Aamiin.”

RINGKASAN TEMPAHAN ANDA

No order found.

Tempahan anda akan diproses dalam tempoh 3-5 hari. Setelah selesai penyediaan & penghantaran makanan, anda akan menerima laporan ringkas dan gambar sebagai bukti pelaksanaan.

FAQ - Soalan Lazim

100% wang infaq anda akan terus diberikan kepada usahawan wanita asnaf yang menyediakan makanan berbuka puasa kepada penerima manfaat di masjid atau surau berdekatan serta mereka yang memerlukan.

Setelah makanan disediakan dan dihantar, anda akan menerima laporan serta gambar sebagai bukti pelaksanaan.

Penerima infaq tidak boleh dipilih secara individu. Ini bagi memudahkan urusan penghantaran makanan ke surau, masjid, atau kepada golongan yang memerlukan yang berdekatan kerana sesetengah usahawan asnaf tidak mempunyai kenderaan dan mempunyai kekangan masa untuk membuat penghantaran ke tempat-tempat lain. Dengan cara ini, agihan makanan dapat dilakukan dengan lebih efektif dan lancar

Tiada caj tersembunyi. Setiap sen yang anda sumbangkan akan terus kepada penerima tanpa sebarang potongan.

Ya, caj payment gateway sebanyak RM1 akan dikenakan untuk menampung kos transaksi online banking. Ini kerana NGO Kelab Wanita Ikon Johor adalah organisasi non-profit dan tidak menerima sebarang dana atau keuntungan daripada kempen ini.

Ya, anda boleh membuat infaq sebanyak mana yang anda mahu sepanjang bulan Ramadan. Setiap infaq anda akan membawa pahala yang berlipat ganda.

Program TEW adalah inisiatif untuk membantu wanita asnaf dan golongan B40 membangunkan perniagaan mereka. Mereka melalui latihan intensif selama 16 hari secara fizikal dalam tempoh 4 bulan dan pemantauan selama 6 bulan dalam 6 sesi kelas dalam talian. Matlamat utama program ini adalah untuk membantu mereka meningkatkan pendapatan sekurang-kurangnya 30% atau lebih serta membebaskan diri daripada kemiskinan melalui perniagaan.

Kami sangat menghormati privasi penyumbang. Segala maklumat yang diberikan semasa transaksi infaq hanya akan digunakan untuk tujuan dokumentasi dan penghantaran laporan infaq kepada penyumbang. Data anda tidak akan dikongsi dengan mana-mana pihak ketiga tanpa kebenaran anda.

Ya, penyertaan dalam kempen ini tertakluk kepada terma dan syarat berikut:

  • Semua sumbangan adalah secara sukarela dan tidak boleh dikembalikan selepas pembayaran dibuat.

  • Setiap penyumbang akan menerima laporan dan bukti pelaksanaan selepas infaq dilaksanakan.

  • Caj payment gateway RM1 adalah tetap dan tidak boleh dikembalikan.

KONVERTMORE menaja landing page dan sistem tempahan untuk kempen ini bagi memastikan proses infaq berjalan dengan lancar dan memudahkan penyumbang membuat pilihan serta pembayaran dengan lebih sistematik. KONVERTMORE dimiliki oleh salah seorang tenaga pengajar iaitu Puan Nurul Ain Abdul Rahim, yang turut terlibat secara aktif dalam membimbing para usahawan wanita asnaf dalam kempen ini.

KWIM Johor bertanggungjawab menerima bayaran daripada penyumbang dan menyalurkannya terus kepada usahawan asnaf yang terlibat dalam kempen ini. Sebagai NGO yang dipilih, KWIM Johor memastikan ketelusan dalam proses penyaluran bayaran. Salah seorang tenaga pengajar, Puan Saadiah Ibrahim, selaku Pengerusi KWIM Johor, turut memainkan peranan dalam memastikan kelancaran program ini bagi membantu golongan wanita asnaf menjana pendapatan.