Nak tambah saham akhirat? Jom infaq sekarang!

Bersama kita membantu 80 Usahawan Wanita Asnaf dan memberi hidangan berbuka puasa kepada yang memerlukan

KEMPEN KONGSI REZEKI RAMADHAN

Kempen ini merupakan inisiatif tanggungjawab sosial (CSR) yang diwujudkan oleh tenaga pengajar Program Transformasi Ekonomi Wanita (TEW) bagi membantu 80 usahawan wanita asnaf menjana pendapatan dengan menyediakan hidangan berbuka puasa kepada golongan yang memerlukan.

TEW merupakan program anjuran Kelab Wanita Ikon Malaysia, dengan kerjasama Maybank Islamic, yang bertujuan membangunkan usahawan wanita, khususnya dalam kalangan golongan asnaf, fakir dan miskin. Pelbagai modul pembelajaran telah direka khas bagi membantu kumpulan wanita terpilih ini mencapai kejayaan dalam perniagaan serta membebaskan diri daripada kemiskinan.

Anda berpeluang meraih pahala memberi makan kepada mereka yang berbuka puasa dengan cara yang lebih bermakna, iaitu dengan menyokong produk usahawan wanita asnaf dalam kempen infaq ini. Dengan setiap pakej infaq, anda bukan sahaja menyediakan juadah berbuka untuk mereka yang memerlukan, tetapi juga membantu wanita asnaf ini menjana pendapatan sendiri dan keluar daripada kategori asnaf.

CARA PELAKSANAAN

Pilih pakej infaq yang anda inginkan

Buat bayaran secara online menggunakan payment gateway.

Bayaran akan diterima oleh NGO Kelab Wanita Ikon Johor. 100% bayaran akan disalurkan kepada usahawan wanita asnaf untuk menyediakan juadah berbuka puasa

Tenaga pengajar & urusetia TEW 2.0 turut memantau pelaksanaan tempahan oleh usahawan asnaf. Tempahan akan dilaksanakan dalam tempoh 3-5 hari selepas bayaran diterima.

Setelah selesai penyediaan & penghantaran makanan, anda akan menerima laporan ringkas dan gambar sebagai bukti pelaksanaan.

SIAPAKAH PELAKSANA KEMPEN INI?

Kempen ini merupakan hasil usaha bersama antara tenaga pengajar Program Transformasi Ekonomi Wanita (TEW), iaitu Puan Nurul Ain Abdul Rahim, Puan Saadiah Ibrahim @ Kak Comel, serta Puan Noraishah Tokiran, dan Puan Sarifah Basariah Baharuddin selaku Urusetia Program, dengan kerjasama NGO Kelab Wanita Ikon Johor.

Sebagai tenaga pengajar, mereka bukan sahaja menyampaikan ilmu kepada para peserta, tetapi juga turut membantu memasarkan perniagaan peserta tanpa sebarang bayaran atau keuntungan. Harapan mereka adalah untuk menunjukkan contoh sebenar bagaimana strategi pemasaran yang berkesan mampu memberi impak besar kepada perkembangan perniagaan peserta.

Mereka bukan sekadar mengajar secara teori, tetapi juga memberikan pengalaman praktikal dengan melaksanakan kempen pemasaran sebenar, sebagai panduan bagi peserta dalam membina perniagaan yang berjaya.

SIAPAKAH PESERTA PROGRAM TEW?

Program Transformasi Ekonomi Wanita (TEW) 1.0 telah membuka jalan kepada wanita asnaf di Selangor dan Wilayah Persekutuan dari tahun 2023 hingga 2024 untuk keluar daripada kemiskinan melalui perniagaan.

Kini, TEW 2.0 menyambung perjuangan ini, memberi peluang kepada 80 wanita asnaf serta golongan fakir dan miskin dari Kota Bharu, Kelantan dan Tawau, Sabah untuk keluar daripada kesempitan hidup. Mereka adalah wanita hebat yang memilih untuk berusaha dan berjuang, bukan sekadar bergantung kepada bantuan. Dengan setiap perniagaan yang mereka bina, mereka bukan sahaja mengubah kehidupan sendiri tetapi turut membuka jalan kepada generasi seterusnya untuk menikmati masa depan yang lebih cerah.

INFAQ YANG TELAH DILAKSANAKAN

Jangan Tunggu Esok, Rebut Ganjaran Pahala Hari Ini!

Setiap rezeki yang dikongsi, setiap infaq yang diberikan, semuanya tersimpan sebagai saham akhirat. Rebut peluang ini sebelum Ramadan berakhir!

FAQ - Soalan Lazim

100% wang infaq anda akan terus diberikan kepada usahawan wanita asnaf yang menyediakan makanan berbuka puasa kepada penerima manfaat di masjid atau surau berdekatan atau mereka yang memerlukan.

Setelah makanan disediakan dan dihantar, anda akan menerima laporan serta gambar sebagai bukti pelaksanaan.

Penerima infaq tidak boleh dipilih secara individu. Ini bagi memudahkan urusan penghantaran makanan ke surau, masjid, atau kepada golongan yang memerlukan yang berdekatan kerana sesetengah usahawan asnaf tidak mempunyai kenderaan dan mempunyai kekangan masa untuk membuat penghantaran ke tempat-tempat lain. Dengan cara ini, agihan makanan dapat dilakukan dengan lebih efektif dan lancar

Tiada caj tersembunyi. Setiap sen yang anda sumbangkan akan terus kepada penerima tanpa sebarang potongan.

Ya, caj payment gateway sebanyak RM1 akan dikenakan untuk menampung kos transaksi online banking. Ini kerana NGO Kelab Wanita Ikon Johor adalah organisasi non-profit dan tidak menerima sebarang dana atau keuntungan daripada kempen ini.

Ya, anda boleh membuat infaq sebanyak mana yang anda mahu sepanjang bulan Ramadan. Setiap infaq anda akan membawa pahala yang berlipat ganda.

Program TEW adalah inisiatif untuk membantu wanita asnaf dan golongan B40 membangunkan perniagaan mereka. Mereka melalui latihan intensif selama 16 hari secara fizikal dalam tempoh 4 bulan dan pemantauan selama 6 bulan dalam 6 sesi kelas dalam talian. Matlamat utama program ini adalah untuk membantu mereka meningkatkan pendapatan sekurang-kurangnya 30% atau lebih serta membebaskan diri daripada kemiskinan melalui perniagaan.

Kami sangat menghormati privasi penyumbang. Segala maklumat yang diberikan semasa transaksi infaq hanya akan digunakan untuk tujuan dokumentasi dan penghantaran laporan infaq kepada penyumbang. Data anda tidak akan dikongsi dengan mana-mana pihak ketiga tanpa kebenaran anda.

Ya, penyertaan dalam kempen ini tertakluk kepada terma dan syarat berikut:

  • Semua sumbangan adalah secara sukarela dan tidak boleh dikembalikan selepas pembayaran dibuat.

  • Setiap penyumbang akan menerima laporan dan bukti pelaksanaan selepas infaq dilaksanakan.

  • Caj payment gateway RM1 adalah tetap dan tidak boleh dikembalikan.

KONVERTMORE menaja landing page dan sistem tempahan untuk kempen ini bagi memastikan proses infaq berjalan dengan lancar dan memudahkan penyumbang membuat pilihan serta pembayaran dengan lebih sistematik. KONVERTMORE dimiliki oleh salah seorang tenaga pengajar iaitu Puan Nurul Ain Abdul Rahim, yang turut terlibat secara aktif dalam membimbing para usahawan wanita asnaf dalam kempen ini.

KWIM Johor bertanggungjawab menerima bayaran daripada penyumbang dan menyalurkannya terus kepada usahawan asnaf yang terlibat dalam kempen ini. Sebagai NGO yang dipilih, KWIM Johor memastikan ketelusan dalam proses penyaluran bayaran. Salah seorang tenaga pengajar, Puan Saadiah Ibrahim, selaku Pengerusi KWIM Johor, turut memainkan peranan dalam memastikan kelancaran program ini bagi membantu golongan wanita asnaf menjana pendapatan.

KOLABORASI BERSAMA

Setiap sumbangan anda adalah langkah besar dalam menyokong misi kami untuk membangunkan ekonomi wanita asnaf dan menyebarkan lebih banyak kebaikan di bulan Ramadan.

Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada usaha ini. Bersama kita menjayakan Kempen Kongsi Rezeki Ramadhan.

Copyright © 2025 KONVERTMORE (Excentrique Enterprise AS0284123-M), All Rights Reserved